Saturday 30 April 2011

~Ku dAhAgakAn ILMU~

   
Fadhilat Menuntut ILMU

Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat..

Sahabat yang dirahmati Allah,
Menuntut ilmu adalah satu kewajipan bagi setiap muslim dan muslimat bagi . Banyak sekali dalil yang menunjukkan keutamaan ilmu, para penuntut ilmu dan yang mengajarkannya.
Sebenarnya banyak hadis-hadis Nabi SAW yang memerintahkan kita agar menuntut ilmu dan kelebihan-kelebihan menuntut ilmu itu.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Sesungguhnya malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan meghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan.”
(Hadis Riwayat Abu ad-Darda’ r.a)

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.”
(Hadis Riwayat Muslim dalam Sahihnya hadis no: 2699).

Dalam hadis yang lain Nabi SAW  bersabda maksudnya : “Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut ) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”
(Hadis Riwayat al-Bazzar)

Empat jenis golongan yang diberikan pahala di dalam menuntut ilmu iaitu :
1.Golongan yang sukar bertanya akan sesuatu ilmu
2.Golongan pengajar atau orang yang mengetahui sesuatu ilmu dan mengajar kepada orang lain
3.Golongan yang mendengar orang yang mengajar ilmu
4.Golongan orang yang suka dan kasih akan majlis ilmu.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh mendapatkan keredaan Allah, sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin menndapat habuan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga di hari akhirat kelak.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)



Sahabat yang dimuliakan,
Firman Allah SWT maksudnya : “Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.”
(Surah al-Ankabut ayat 69)

“Pimpinan” Allah boleh wujud dalam pelbagai bentuk, seperti dipertemukan dengan guru yang benar, ditunjuki kepada buku daripada penulis yang jujur, dipersahabatkan dengan orang-orang yang soleh, dibimbing kepada pemahaman yang syumul dan mampu pula menghayatinya  dan ditanam dalam dirinya akhlak yang mulia apabila berinteraksi dengan ilmu agama. Oleh itu janganlah merasa ragu-ragu atau rendah diri untuk berusaha memahami agama Islam. Yakinilah bahawa Allah akan memimpinnya selagi mana dia ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk menuntut ilmu.

Sayyidina Ali k.w pernah berkata :
1. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ia adalah warisan para nabi, manakala harta pula warisan Qarun dan Fir’aun.
2. Ilmu boleh menjaga diri kamu, sedangkan harta, kamu yang menjaganya.
3. Orang yang memiliki ilmu mempunyai ramai teman, sedangkan pemilik harta mempunyai ramai musuh.
4. Ilmu pengetahuan itu akan bertambah jika diamalkan, sedangkan harta akan berkurangan jika dibelanjakan.
5. Pemilik ilmu pengetahuan sentiasa dihormati, sedangkan pemilik harta akan dikenali sebagai si kedekut.
6. Pemilik ilmu akan memberi syafaat, pemilik harta akan dihisab.
7. Biarpun masa berlalu namun ilmu tidak lapuk ditelan zaman, tetapi harta itu semakin lama semakin usang,
8. Ilmu pengetahuan dapat menyinari hati, tetapi harta mengeraskan hati.
9. Orang berilmu mengakui dirinya sebagai hamba Allah, sedangkan orang berharta mengakui dirinya pemilik.”

Apabila kita berniat di dalam hati untuk menuntut ilmu Allah sebenarnya tidak ada jalan pintas (short cut) untuk memahami agama Islam, maka janganlah mengharapkan kefahaman dalam agama secara serta merta atau melalui jalan yang mudah. Sebaliknya hendaklah bersiap sedia untuk melakukan banyak pengorbanan dari sudut tenaga, masa, kewangan dan kehidupan. Proses menuntut ilmu sememangnya memerlukan banyak pengorbanan dan hal ini diketahui oleh Rasulullah. Oleh itu baginda menjanjikan ganjaran yang besar kepada sesiapa yang melakukan pengorbanan tersebut dengan bersabda, maksudnya:

“Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.”
(Riwayat Muslim dalam Sahihnya (penomboran Fu’ad Abd al-Baqi), hadis no: 2699).

Peruntukkan masa kita datang ke majlis ilmu yang di adakan dimasjid-masjid atau surau-surau , janganlah kita hanya memikirkan urusan duniawi semata-mata. Janganlah hanya menyebukkan diri untuk menghadiri program hiburan, ke salon-salon kecantikan, pusat membeli belah, bersiar-siar mebuang masa dan melayan hobi-hobi yang kurang manfaatnya seperti memancing dan lain-lain lagi. Aktiviti-aktiviti tersebuat tidak membawa kita kepada amal soleh dan menambahkan ilmu yang bermanfaat kepada kita. Masa hidup kita semakin singkat sedangkan bekalan pahala kita terlalu sedikit dikhuatiri kita tidak sempat nak menuntut ilmu sadar-sadar sudah berada dialam barzakh!
Walaupun kita belum mampu sepenuhnya untuk melaksanakan ilmu yang kita miliki tetapi apabila kita bercita-cita dan berusaha untuk meningkatkan amal maka Allah SWT akan mencatat niat dan keazaman kita  sebagai amal kebaikan dan diberi-Nya pahala yang berlipat kaliganda.
Sahabat yang dikasihi,
Ilmu yang yang kita miliki akan menyebabkan hati kita semakin tenang dan merendahkan diri. Adab seorang yang berilmu dia tidak suka berbangga-bangga dihadapan  para ulama dan berdebat dengan orang jahil supaya dia dipuji sebagai orang yang berilmu.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Jangan mempelajari ilmu untuk berbangga-bangga di hadapan para ulama’, atau untuk berdebat dengan orang-orang bodoh, atau untuk memilih majlis yang terbaik (demi mendapat pujian orang). Sesiapa melakukan hal itu maka nerakalah tempatnya.”(Hadis Riwayat Ibn Hibban - Para perawi yang dipercayai lagi sahih demikian terang Syu’aib al-Arna’uth dalam semakannya ke atas Shahih Ibn Hibban, hadis no: 77)

Rasulullah SAW juga telah menggariskan beberapa peringkat kelebihan ilmu dengan sabda baginda maksudnya : “Sesungguhnya ilmu itu adalah umpama gedung dan anak kuncinya adalah pertanyaan.”
Orang yang mengamalkan ilmunya akan ditambahi oleh Allah dengan ilmu dalam pelbagai bentuk. Orang yang berusaha memahami agama Islam akan meningkat keimanannya dan iman itu sendiri adalah apa yang dibuktikan dengan hati, lidah dan perbuatan. Keimanan seperti ini akan ditambahi oleh Allah dengan hidayah-Nya, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:
“Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah.”
(Surah al-Kahf ayat 13)
Orang yang mengamalkan ilmu juga bererti mengamalkan hidayah yang Allah kurniakan kepadanya, meningkatkan ketakwaannya, maka dengan itu Allah akan mengurniakan kepadanya al-Furqan yang membolehkan dia membezakan antara yang benar dan batil. Allah akan juga menambahi Rahmat-Nya dan memberikannya cahaya untuk terus berada di atas jalan yang benar. Perhatikan dua firman Allah berikut yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (al-Furqan) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.”
(Surah al-Anfal ayat 29)

Oleh itu marilah sama-sama kita mengambil kesempatan yang berharga di dalam kehidupan ini untuk memperuntukkan masa kita dan bersungguh-sungguh untuk mencari ilmu yang bermanfaat. Maka menuntut ilmu itu tidak mengira usia sama ada seseorang itu muda atau tua, lelaki atau perempuan semua digalakkan menuntut ilmu..



Wednesday 13 April 2011

~astaghfirullahal'azim~

Ishh!!kijamnyeeee 
KUALA LUMPUR: Berang kerana diminta membantu membuang sampah, seorang warga emas bertindak di luar kewarasan akal apabila bukan saja memukul isterinya menggunakan tongkat, malah turut kencing di muka wanita dikahwininya selama 26 tahun itu selepas mangsa terjatuh.
Kejadian mengaibkan itu berlaku di hadapan rumah pasangan terbabit di Taman Wahyu di sini, kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.
Sumber polis berkata, lelaki warga emas terbabit yang berusia lewat 60-an panas baran dan sering memukul isterinya yang beberapa tahun muda daripadanya, terutama dalam sepanjang enam bulan lalu.
Lelaki itu sering berkata dia benci melihat wajah isterinya yang sudah tua,” katanya Menceritakan lebih lanjut mengenai kejadian itu, sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa menyapu sampah di hadapan rumah sebelum meminta suaminya membantu membuang sampah ke dalam tong di hadapan rumah.
“Berang dengan permintaan itu, suspek yang bertongkat menghampiri isterinya sebelum menumbuk mukanya. Tumbukan berkenaan yang tepat di muka menyebabkan wanita terbabit terjatuh.
“Selepas itu, suspek bagaikan dirasuk hantu memukul isterinya menggunakan tongkat,” katanya.
Beliau berkata, ketika itu, mangsa merayu dikasihani selain menutup kepalanya menggunakan tangan.
“Selepas puas membelasah isterinya, lelaki terbabit yang hilang pertimbangan bertindak jijik dengan kencing di muka dan tubuh mangsa.
Lelaki terbabit kemudian meninggalkan rumah mereka dan tidak pulang sehingga kini,” katanya.
Sumber itu berkata, mangsa sebelum ini tidak membuat laporan polis kerana terlalu menyayangi suaminya itu, namun selepas lelaki terbabit kencing di muka dan tubuhnya, wanita itu nekad membuat laporan..

Monday 11 April 2011

~janGan mEngEjaR kEseMpuRnaAn~

n0b0dy’s perfect
 Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup..


Begitulah juga .......
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya..




Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya..Kamu akan menyesal...

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.

Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....


Sunday 10 April 2011

~malaikat di rumah mu~


suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia. Dia bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat disini mengatakan bahawa besok engkau akan mengirimku ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana, saya begitu kecil dan lemah”?
Dan Tuhan menjawab, “Saya telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu.”
“Tapi disini, di dalam syurga, apa yang pernah saya lakukan hanyalah bernyanyi dan tertawa. Ini sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
“Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia.”
“Dan bagaimana saya bisa mengerti saat orang-orang berbicara kepadaku jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?”
“Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian, dia akan mengajarkan bagaimana cara kamu berbicara.”
“Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?”
“Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa.”
“Saya mendengar bahwa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?”
“Malaikatmu akan melindungimu, walaupun hal tersebut mungkin dapat mengancam jiwanya.”
“Tapi, saya pasti akan merasa sedih karena tidak melihatMu lagi.”
“Malaikatmu akan menceritakan padamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan selalu berada di sisimu.”
Saat itu Syurga begitu tenangnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang anak bertanya perlahan, “Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?
“Kamu akan memanggil malaikatmu, Ibu.”


tanpa ibu siapalah kita..ibu yg mengandungkan..ibu yg melahirkan dan ibu jualah yg m'didik serta m'besarkan kita shingga menjadi manusia..selama 9 bulan 10 hari ibu membawa kita dalam kandungan tanpa mengeluh penat dan lelah malah menatang kita bagai minyak yang penuh..apabila melahirkan dia melindungi kita sehingga sanggup menggadai nyawa sendiri..
namun..pernahkah kita terfikir..apakah sumbangan kita pd ibu?..berapa byk air mata ibu yg kita alirkan?..sementara ibu masih m'punyai umur..berbaktilah duhai anak..curahkan lah ksih syg mu spt ibu m'curahkn ksih sygnya utkmu..jika mampu kasihilah ibu lebih dari dia mengasihimu..
bagi mereka yang tidak lagi mempunyai ibu..berd0alah untuk ibu mu.."sesungguhnya 3 amalan yang tidak akan putus..1)sedekah jariah..2)d0a anak yg s0leh..3)ilmu yang bermanfaat..
Ingatlah selalu kasih sayang ibu, berdoalah untuknya dan cintailah dia sepanjang masa..
"allahummagh firli zunubi waliwa lidaiya warhamhuma kama r0bbayani s0ghir0" 

Monday 4 April 2011

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL- BERMULA





Baru balik kelas..fuhh~~ penat..Pastu rase cam nak bukak blog je..Blog walking kat blog member Zaara Meant Zehra by Zaara Sophea Hayat..Nampak pulak blog Encik Ben Ashaari, try blog walking kat blog beliau pulak..Hehe..finally terjumpa la pulak entri beliau
Gegar 1 Ribu Blog April-Bermula..
Cam best je..layanzz

Kalau korang nak join sila ikuti syarat-syarat berikut..hehe mudah je..

korang buat je satu entri ringkas ...and then...

1. sila letak HEADER BEN ASHAARI BLOG
2. Tajuk : GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA

ciap...(^_<)

pastu tinggalkan url korang kat entri beliau yang bertajuk

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL-BERMULA